Kelas E-learning – Monsterland, Hook dan Make A Treehouse

27 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Dalam sesi pertama kelas ini, peserta diminta untuk membuka laman web ABCya.com dan memilih tajuk Monsterland dimana peserta akan memecahkan blok-blok bagi membolehkan Monster Jr membangunkan Monster Sr untuk mara ke peringkat yang seterusnya.

Pada sesi kedua pula, peserta telah bermain permainan bertajuk Hook dimana mereka dikehendaki untuk mengeluarkan mata kail tanpa tersangkut dengan melakukannya mengikut urutan yang betul bagi mara ke peringkat seterusnya.

Pada sesi ketiga pula, peserta dikehendaki memilih tajuk Make A Treehouse dan membuat rumah pokok mereka sendiri dengan memilih bahagian seperti tingkap, bumbung, dan pintu untuk membina rumah pokok tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali